Status Soosai Timbulkan Pelbagai Persoalan - Semasa | mStar

Status Soosai Timbulkan Pelbagai Persoalan

KUALA LUMPUR: Kisah penjenayah licik dari Malaysia, Michael Soosai, yang kini ditahan oleh polis India, telah menimbulkan banyak persoalan.

Bernama difahamkan pejabat Interpol di ibu pejabat polis Bukit Aman kini dalam kegelapan berhubung 'status' suspek berusia 53 tahun itu, yang dikehendaki di Malaysia kerana pembabitannya dalam beberapa siri jenayah kolar putih dan pembunuhan.

Ini kerana, Interpol Malaysia masih belum terima apa-apa maklumat dari rakan sejawatan mereka di New Delhi mengenai Soosai, sejak dia ditahan oleh polis India tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, walaupun dua peringatan telah dihantar kepada polis India pada tahun ini.

E-mel pertama dihantar pada 24 Mac, diikuti e-mel kedua pada 26 April lepas.

Syed Ismail berkata, kedua-dua peringatan itu dihantar melalui e-mel dengan pelbagai soalan diajukan tentang Soosai, yang ditangkap pada 24 Ogos tahun lepas di Chennai, Tamil Nadu.

"Pada 24 Mac tahun ini, kita hantar mesej (e-mel) dan pertanyaan kepada Interpol India di New Delhi berkaitan status suspek.

"Dalam jawapan mereka (Interpol New Delhi) pada kita, disebabkan suspek Soosai ditahan oleh polis Tamil Nadu, Interpol New Delhi masih menunggu maklum balas balik mengenai status suspek dari polis Tamil Nadu.

"Jadi apabila pihak Interpol New Delhi dapat jawapan dari polis Tamil Nadu, barulah mereka akan maklumkan kepada Interpol kita," kata Syed Ismail apabila dihubungi Bernama di sini Khamis.

Berhubung e-mel kedua, Syed Ismail berkata: "Sehingga sekarang kita tidak dapat lagi jawapan. Kita sedar dan faham suspek telah ditahan sejak 2010. Kita masih belum dapat maklumat mengenainya lagi. Inilah kedudukan sebenar."

Bagaimanapun, Syed Ismail berkata e-mel ketiga telah dihantar hari ini kepada Interpol New Delhi 'bagi mendapatkan jawapan dan maklumat positif berhubung suspek'.

"Kami sedar dan memberi perhatian tentang perkara itu," tambah beliau.

Bernama dalam laporan dari Chennai semalam mendakwa sikap membisu oleh polis Malaysia berhubung penahanan suspek, telah menimbulkan banyak persoalan kepada pihak berkuasa India.

Laporan itu menyebut Kementerian Dalam Negeri masih belum memohon perintah ekstradisi Soosai, 53, walaupun Malaysia dan India telah menandatangani perjanjian ekstradisi tahun lepas bagi menangani jenayah merentasi sempadan dan ini menimbulkan pelbagai persoalan.

Suspek, yang pernah menduduki carta 'orang paling dikehendaki' Interpol untuk beberapa tahun, kini ditahan di Penjara Pusat Chennai.

Lelaki kelahiran Pulau Pinang itu didakwa pernah memalsukan kematian sendiri di Malaysia untuk menuntut wang insurans pada 2002 dan kemudian melarikan diri ke selatan India.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain