suria

Mubarak Puji Profesionalisme Polis

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) pada Ahad memuji profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani dengan baik perhimpunan haram semalam.

Sambil mengucapkan tahniah kepada PDRM, Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata profesionalisme polis itu juga dapat mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

"Profesionalisme PDRM dalam menangani perhimpunan haram ini dapat mengelak kejadian yang boleh menjejaskan kestabilan negara," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata Mubarak turut menghargai sikap rakyat yang sabar dalam berdepan suasana yang menyukarkan mereka seperti kesesakan lalu lintas akibat penganjuran perhimpunan haram itu.

"Kami juga maklum bahawa ramai peniaga yang terjejas berikutan perhimpunan itu," katanya.

Dalam perhimpunan itu, polis menahan kira-kira 1,500 orang termasuk penganjurnya Datuk S.Ambiga serta pemimpin Pakatan Rakyat.- BERNAMA

Artikel Lain