suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Tidak Cedera Serius

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Hospital Pantai pada Sabtu disahkan berada dalam keadaan sihat tanpa mengalami kecederaan serius.

Menurut anaknya Nurul Nuha, perkara itu disahkan doktor selepas ketua pembangkang itu menjalani ujian pengimbas tomografi berkomputer (CT scan) dan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

"Bagaimanapun, doktor memerlukan enam jam lagi untuk memantau keadaannya," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Anwar dikatakan cedera semasa polis cuba meleraikan perhimpunan haram di KL Sentral yang dihadiri beliau bersama pengerusi penganjur Datuk S. Ambiga dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ambiga dan Abdul Hadi ditahan polis tetapi dibebaskan kemudian. -BERNAMA

Artikel Lain