suria

Kilang Perabot Rugi RM1 Juta Akibat Kebakaran

MELAKA: Sebuah kilang perabot di kawasan perindustrian Bukit Rambai di sini, kerugian kira-kira RM1 juta apabila sebahagian premisnya dijilat api malam Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka R.Ezhumalai berkata pihaknya yang menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 12.43 malam tadi, menghantar lima jentera bomba bersama 40 anggota untuk memadam kebakaran berkenaan.

"Api yang marak membakar kayu dan perabot dalam kilang itu, berjaya dikawal pada pukul 4 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Ezhumalai berkata tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat. -BERNAMA

Artikel Lain