suria

Karenah Birokrasi, Status Hartanah RM20 Juta Jadi Tanda Tanya

Khairul Anwar Rahmat (empat dari kanan) semasa mengadakan perbincangan dengan Jamaludin (tiga dari kiri) dan adik-adiknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Khairul Anwar Rahmat (empat dari kanan) semasa mengadakan perbincangan dengan  Jamaludin (tiga dari kiri) dan adik-adiknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Khairul Anwar Rahmat (empat dari kanan) semasa mengadakan perbincangan dengan Jamaludin (tiga dari kiri) dan adik-adiknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA: Akibat karenah birokrasi dan sikap sambil lewa pengurusan di Pejabat Tanah dan Galian, lima beradik terpaksa menunggu hampir 30 tahun untuk menuntut hartanah warisan milik mereka.

Pengerusi Khidmat Sukarelawan Peguam (SUKAGUAM), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, hartanah warisan milik mereka itu dipercayai bernilai lebih RM20 juta dan sikap sambil lewa kakitangan di Pejabat Tanah dan Galian telah menyebabkan mereka sekeluarga buntu kerana tidak mengetahui status hartanah berkenaan.

Menurut Khairul Anwar, lima beradik berkenaan yang diwakili abang mereka, Jamaludin Mahadi, 66 tahun, mengadu tidak pernah diberikan peluang untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan lanjut berkenaan aduan yang dikemukan sebelum ini kepada Pejabat Tanah dan Galian.

"SUKAGUAM akan mengadakan pertemuaan dengan Pejabat Tanah berkenaan untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan lanjut mengenai aduan yang dikemukakan ini," katanya kepada mStar Online di sini.

Tambahnya, diharap melalui pertemuaan itu nanti jika lima adik beradik tersebut mempunyai asa untuk membuat tuntutan terhadap hartanah berkenaan pihak berkuasa dapat memberikan hak mereka yang telah dinafikan semenjak 30 tahun lalu.

Lima beradik berkenaan, selain Jamaludin adalah Sahamdinm 64; Sa'ari 63, Azadin 61 dan Jalaludin 60 datang ke kaunter aduan SUKAGUAM bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu.

Aduan itu dibuat untuk menjejaki harta warisan berkenaan yang sepatutnya dibahagikan secara faraid kepada seluruh ahli keluarga mereka.

Sementara itu, program SUKAGUAM Siri empat akan membuka kaunter aduan untuk orang ramai pada hari ini di Restoran Ali Maju cawangan Taman Keramat Permai dari pukul 3 petang hingga 6 petang.

Aduan juga boleh dikemukakan melalui [email protected].

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain