Umno Perlu Tawan Kembali Selangor - Semasa | mStar

Umno Perlu Tawan Kembali Selangor

TANJONG KARANG: UMNO Selangor perlu bekerja keras dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi bagi mengembalikan Selangor ke pangkuan Barisan Nasional (BN) dengan menjadikan usaha UMNO Terengganu menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum tahun 2004 sebagai pedoman.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata jentera BN terutama sayap wanitanya perlu memastikan jumlah pengundi BN meningkat bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 kerana dalam politik jumlah pengundi akan menentukan kemenangan.

"Selain itu, Ketua Bahagian janganlah bermusuh dengan ketua-ketua cawangan kerana kerana pemimpin-pemimpin di peringkat ini merupakan penyokong utama kepada parti dan ketua-ketua bahagian," katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini, Sabtu.

Beliau berkata persefahaman dengan rakan-rakan parti komponen seperti MCA, MIC, dan Gerakan juga perlu ditingkatkan bagi mencerahkan peluang merampas kembali Selangor.

Berdasarkan pengalaman Terengganu yang pernah diperintah oleh PAS selama sepenggal, beliau berkata mengurus UMNO yang merupakan parti yang kalah pada ketika itu adalah sukar berbanding dengan semasa UMNO menjadi parti pemerintah.

Ahmad berkata tindakan PAS terhadap anggota dan pemimpin UMNO telah membakar semangat mereka untuk bangkit menewaskan PAS dan UMNO Terengganu bekerja keras mengenal pasti penyokong mereka dan penyokong PAS serta meningkatkan usaha mengambil hati pengundi atas pagar bagi memastikan BN kembali memerintah, katanya.

Katanya apa yang penting anggota Umno perlu berusaha memastikan orang Melayu memahami ajaran Islam kerana PAS hanya relevan selagi orang Islam Melayu tidak faham tentang Islam. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain