Polis Cheras Berkas Empat Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM7,000 - Semasa | mStar

Polis Cheras Berkas Empat Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM7,000

KUALA LUMPUR: Polis Cheras telah memberkas empat lelaki dan merampas sejumlah dadah bernilai RM7,000 dalam dua tangkapan berasingan di sekitar daerah itu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner (ACP) Mohan Singh berkata dalam serbuan pertama, tiga lelaki berumur lingkungan 20-an ditahan di sebuah rumah di Kampung Muhibbah Sungai Besi di sini, kira-kira 8.30 malam Jumaat lepas.

Beliau berkata polis menemui tiga ketul ganja mampat bernilai RM2,000.

"Berdasarkan siasatan awal, tiga suspek itu merupakan pembekal dan pengedar ganja di sekitar Kampung Muhibbah ini.

"Dua daripada tiga suspek itu positif dalam ujian saringan dadah," katanya kepada pemberita di pejabatnya, Ahad.

Dalam serbuan kedua, seorang lelaki berumur 27 tahun, dipercayai pembekal pil ectasy di pusat hiburan sekitar Cheras, ditahan di kawasan Metro Perdana semalam.

Beliau berkata suspek ditahan kira-kira 2 pagi dan polis menemui sejumlah dadah berbentuk pil, termasuk ectasy, eramin 5 dan ketamin.

"Turut ditemui ialah ganja yang disembunyikan dalam beberapa batang rokok kepunyaan suspek. Kesemua dadah yang dirampas ini bernilai RM5,000," katanya.

Mohan berkata dengan tertangkapnya lelaki itu, polis berjaya menyekat aktiviti pengedaran ectasy di sekitar Cheras.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman seminggu sehingga 17 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain