Kaunter Bergerak 1JPJ Bakal Diperluas Ke Seluruh Negara Ogos Ini - Solah - Semasa | mStar

Kaunter Bergerak 1JPJ Bakal Diperluas Ke Seluruh Negara Ogos Ini - Solah

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan perkhidmatan kaunter bergerak 1JPJ ke seluruh negara mulai Ogos ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan.

Katanya kaunter bergerak itu akan dibuka di tempat awam terutamanya di pasar tani dan pusat membeli-belah pada setiap hujung minggu.

Katanya program perintis itu diadakan di Pasar Tani, Stadium Shah Alam, Selangor, bulan lepas dan telah memungut bayaran saman sebanyak RM1,700 serta mendapat maklum balas menggalakkan daripada orang ramai.

Solah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Zon Semenanjung kepada 486 anggota JPJ di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, Sabtu.

Dalam perkembangan lain, katanya sehingga bulan lepas, Komuniti 1JPJ mempunyai seramai 20,934 ahli yang telah mendaftar melalui program mySMS 15888.

"Ia (mySMS) merupakan alternatif atau medium komunikasi kepada pelanggan JPJ untuk memaklumkan tarikh tamat tempoh lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM)," katanya.

Beliau berkata sehingga kini, 80 peratus pelanggan JPJ berurusan dengan jabatan itu secara atas talian.

Katanya melalui inisiatif seperti mySMS dan 1JPJ itu, JPJ berharap bilangan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan atas talian meningkat kepada 90 peratus menjelang pertengahan 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain