suria

Dunia Perlu Bersatu Hadapi Ancaman Baru

SINGAPURA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar semua pihak termasuk ketua-ketua kerajaan dunia supaya bersatu dalam menghadapi cabaran keselamatan baru yang kompleks dan pelbagai dimensi.

Perdana Menteri berkata, penyisihan Osama bin Laden dan kini penahanan Ratko Mladic memberi peringatan terhadap ancaman keselamatan yang dihadapi dalam bentuk yang berbeza daripada yang dihadapi dunia ketika tahun 60-an.

"Hari ini, kita tidak boleh kembali kepada bipolariti lama era Perang Dingin yang mencengkam dunia terlalu lama dan kita tidak mempunyai pilihan tetapi bangun menghadapi cabaran-cabaran ini bersama," kata beliau dalam ucaptama pada majlis pembukaan Dialog Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa-Shangrila-La ke-10 di sini Jumaat.

Dalam abad ke-21, beliau berkata: "Ekonomi kita adalah terlalu bersepadu dan saling bergantung dengan proses pengeluaran tersebar merentangi sempadan, menjadikan tidak lagi munasabah untuk kuasa dunia berperang, mereka akan banyak mengalami kerugian."

Najib menegaskan kepentingan nasional semakin menjadi kepentingan bersama dan "tugas kita" sekarang ialah untuk mencermikannya dalam bentuk pelbagai hala yang realistik dan progresif.

"Ke arah masa depan, saya tidak ragu-ragu, mesti dibina berdasarkan kerjasama dan bukan konfrontasi dan untuk itu setiap wilayah, setiap negara, setiap pemimpin di sini (majlis tersebut) mesti memainkan peranan mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, Amerika Syarikat telah lama merupakan kuasa yang moden dan sederahana di rantau ini, menyokong institusi demokratik, meningkatkan urus tadbir dan menjalin penghormatan kepada hak asasi manusia.

"Di negara saya Malaysia, apa yang kami lakukan ialah mengeratkan banyak budaya, bahasa, agama. Ini yang kami lakukan sejak setengah abad yang lalu sejak merdeka dan daripada paduan itu lahirlah kestabilan, keselamatan dan keamanan," kata beliau.

Najib berkata Malaysia, Singapura dan Indonesia telah bekerja menerusi inisiatif "Eye in the Sky" untuk memerangi aktiviti lanun di Selat Melaka yang berkesan berbanding dengan situasi di Tanduk Afrika.

"Tetapi bidang di mana kita perlu bekerjasam tidaklah tertakluk kepada perdagangan sahaja. Pasca 9/11, kita menghadapi landskap keselamatan yang baru dengan pelbagai ancaman.

"Kita mesti menangani cabara-cabaran ini secara komprehensif, keazaman dan ketegasan tanpa pilihan. Kita mesti bermula dengan setiap negara memainkan peranan dalam memelihara sempadan dalaman mereka.

"Dan ini mesti diikuti dengan kesediaan untuk bekerja bersama-sama berasaskan dua hala dan pelbagai hala," kata perdana menteri. - BERNAMA

Artikel Lain