suria

Kepentingan Pendidikan Masyarakat India Tidak Terpinggir

SUNGAI PETANI: Kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan pembangunan pendidikan masyarakat kaum India dalam negara, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S.Subramaniam.

Menteri Sumber Manusia itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri sentiasa bersedia mendengar sebarang masalah yang dihadapi oleh kaum India untuk tindakan segera.

Beliau berkata dengan menguasai bidang pendidikan masyarakat India mampu keluar daripada masalah yang membelenggu mereka selama ini termasuk masalah kemiskinan dan gejala sosial.

"Saya berharap agar masyarakat India menghargai keprihatinan kerajaan Barisan Nasional selama ini dalam memastikan pelajaran menjadi agenda utama dalam membangunkan taraf hidup masyarakat India," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan sekolah di SRJK(T) Maha Jothi, di sini, Jumaat. -BERNAMA

Artikel Lain