suria

Umno Bahagian Melaka Mula Mesyuarat Minggu Depan

MELAKA: Persidangan perwakilan Umno bahagian di negeri ini akan dimulakan dengan Umno Bahagian Tangga Batu pada 14 Mei ini, kata Setiausaha Kerja Umno Melaka Senator Datuk Akbar Ali.

Beliau berkata ia diikuti Umno Alor Gajah pada 15 Mei.

Umno Jasin dan Masjid Tanah pula akan bersidang pada 22 Mei, manakala Kota Melaka pada 28 Mei, kata kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Akbar berkata satu lagi bahagian iaitu Umno Bukit Katil yang diketuai Ketua Menteri Datuk Mohd Ali Rustam belum menetapkan tarikh.

Umno sebelum ini telah menetapkan persidangan peringkat bahagian bermula 1 Mei hingga 16 Jun, dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilapor meminta semua 191 Umno bahagian memfokuskan kepada pendaftaran pengundi baru pada kalangan anggota masing-masing.

Mengulas mengenai keanggotaan Umno di Melaka, Akbar berkata sehingga kini Umno Melaka mempunyai 127,323 anggota.

Masjid Tanah mencatat keanggotaan paling ramai iaitu 25,737 orang diikuti Jasin (24,493), Bukit Katil (23,607), Alor Gajah (20,337), Tangga Batu (17,686) dan Kota Melaka (15,463), katanya. -BERNAMA

Artikel Lain