PKR Cabar Shazryl Eskay Dedah Korupsi Anwar - Semasa | mStar

PKR Cabar Shazryl Eskay Dedah Korupsi Anwar

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya mendedahkan segera dakwaan salah laku membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau mempunyai bukti kukuh.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Shazryl Eskay tidak perlu menunggu sehingga polis mendedahkan pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan Anwar sekiranya benar beliau mengetahui mengenai konspirasi yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Kalau betul dia ada lagi pendedahan lain, kenapa nak tunggu lepas polis dedahkan identiti pelaku video seks itu?

"Dedahkan sekarang kalau Datuk Shazryl Eskay ada bukti untuk kaitkan Datuk Seri Anwar. Saya juga mahu mengetahui kebenaran kerana saya bukan orang yang menyokong dengan membuta tuli," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Rafizi berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Shazryl Eskay bahawa beliau akan mendedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar yang dikatakan mempunyai impak lebih besar kepada negara, berbanding kesan video seks tersebut.

Bagaimanapun Mohd Rafizi berkata, pihaknya menyifatkan dakwaan Shazryl Eskay itu sebagai mainan politik yang bertujuan mengalihkan tumpuan PKR dan Pakatan Rakyat meneruskan agenda perubahan demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, sehingga sekarang rakyat sudah dapat mengenali siapa sebenarnya Shazryl Eskay selepas beliau mempertontonkan rakaman video seks kepada wartawan kanan bulan lalu.

"Kita tidak akan termakan umpan yang cuba digunakan oleh Datuk Shazryl Eskay, beliau mahu alihkan tumpuan kita untuk membawa perubahan untuk rakyat," katanya.

Artikel Sebelum

Petrol RON97 Naik 20 Sen

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain