suria

Lelaki Mati Lemas Ketika Berkelah Bersama Keluarga Di Pantai Teluk Kemang

PORT DICKSON: Seorang lelaki yang meraikan cuti umum sempena Hari pekerja dengan berkelah bersama keluarga hari ini, ditemui mati lemas di Pantai Teluk Kemang di sini.

Mayat C. Ganesan Moorty, 35, ditemui terapung oleh abang iparnya A. Sukalinggam tidak jauh dari tempat beliau mandi pada pukul 2 petang.

Sukalinggam ketika ditemui pemberita di Hospital Port Dickson, berkata beliau sekeluarga tidak menyedari kejadian yang menimpa Ganesan.

"Ketika sedang mandi saya nampak baju t-shirt serupa dengan Ganesan terapung-apung. Menjangkakan sesuatu yang buruk saya naik ke pantai dan bertanya pada ahli keluarga tentang Ganesan.

"Kami kemudian menyedari Ganesan tidak bersama kami, lalu saya kembali ke laut dan mencapai t-shirt tersebut tanpa menyedari itu mayatnya," katanya.

Sukalinggam tidak menolak kemungkinan adik iparnya itu lemas kerana diserang sawan yang dihidapi Ganesan sejak 20 tahun lepas. Sementara itu Ketua Polis Port Dickson Supt Baljeet Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian. -BERNAMA

Artikel Lain