Penurunan Kadar Perayauan Telefon Bimbit Akan Diperluas Ke Indonesia, Thailand - Rais - Semasa | mStar

Penurunan Kadar Perayauan Telefon Bimbit Akan Diperluas Ke Indonesia, Thailand - Rais

KUALA LUMPUR: Penurunan caj perkhidmatan perayauan bagi telefon bimbit akan diperluas ke negara-negara Asean terutamanya melibatkan Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata buat masa ini perjanjian mengenai pekara itu hanya membabitkan Malaysia dan Singapura.

"Dalam konteks Asean yang berkomunitikan asas-asas sama, kita akan kemukakan di peringkat menteri-menteri penerangan Asean beberapa langkah sekutu yang perlu kita ambil kemudian," katanya menjawab soalan tambahan Senator Zamri Yusuf pada persidangan Dewan Negara, di sini, Khamis.

Pada Rabu, Rais mengumumkan pengguna telefon bimbit di Malaysia dan Singapura akan menikmati diskaun 20 peratus untuk panggilan suara dan 30 peratus bagi khidmat pesanan ringkas (SMS), apabila menggunakan perkhidmatan perayauan mulai 1 Mei ini.

Rais dilapor berkata pengurangan itu membabitkan operator perkhidmatan mudah alih yang disediakan oleh kedua-dua negara seperti Celcom, Digi, M1, Maxis, SingTel, Star Hub dan U-Mobile.

Kadar pengurangan akan dinikmati oleh kedua-dua pengguna pasca bayar dan prabayar, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pengiktirafan Kepada Bahasa Mandarin - TPM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain