suria

Kaunter Jabatan Imigresen Seluruh Negara Akan Ditutup 2 Hari

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter di Jabatan Imigresen Negeri tidak akan beroperasi selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Mei depan, sempena cuti umum Hari Pekerja.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, penutupan kaunter operasi itu membabitkan Jabatan Imigresen Negeri di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala di Kedah, Kelantan dan Terengganu perkhidmatan kaunter operasi ditutup selama tiga hari bermula 29 April, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, jika terdapat sebarang pertanyaan, orang ramai yang berurusan di jabatan berkenaan boleh menghubungi bilik gerakan Imigresen di talian 03-88801555 atau 03-88801556.

Artikel Lain