suria

Muhyiddin Lawat Karnival Kerjaya Pemuda BN

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu meluangkan masa kira-kira sejam melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Pada lawatan itu, beliau diiringi Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan pemimpin pemuda parti komponen BN.

Selain beramah mesra dengan pencari kerja yang mengunjungi karnival itu, Muhyiddin turut menyerahkan surat tawaran kerja kepada tiga pencari kerja.

Karnival Kerjaya Pemuda yang julung kali diadakan itu merupakan karnival kerjaya paling besar yang pernah diadakan dalam negara.

Sejumlah 40,000 peluang pekerjaan dalam sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan serta perusahaan kecil dan sederhana ditawarkan di karnival itu.

Dianggarkan 400,000 hingga 500,000 anak muda akan melawat karnival yang melibatkan 650 pempamer.

Karnival tiga hari yang akan berakhir esok dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.- BERNAMA

Artikel Lain