suria

Rakyat Malaysia Dinasihati Jangan Melawat Timur Laut Jepun

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang perlu ke Jepun dinasihati agar jangan mengunjungi kawasan di timur laut negara itu yang dilanda teruk dengan gempa bumi dan tsunami berikutan kemudahan pengangkutan dan bekalan elektrik terganggu.

Warga Malaysia dinasihati tidak mengunjungi kawasan itu berikutan arahan pihak berkuasa Jepun kepada rakyatnya yang tinggal dalam lingkungan 30km dari Stesen Tenaga Nuklear Fukushima, agar tidak keluar rumah.

Wisma Putra dalam kenyataan di sini hari ini juga menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal di wilayah terbabit, yang menghadapi kekurangan makanan, air dan barang-barang keperluan lain, agar ke Tokyo dan menghubungi Kedutaan Malaysia; di Tokyo (+813) 34763840 atau e-mel maltokyo//www.kln.gov.my/web/guest/ekonsular.

"Dengan pendafatran itu, ia memudahkan kedutaan untuk menghubungi mereka jika ada kecemasan," menurutnya.

Kementerian Luar juga mansihati rakyat Malaysia di Jepun agar berwaspada dengan sebarang arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu berkaitan keselamatan mereka.

"Rakyat Malaysia hendaklah peka dengan berita daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan jangan dengar khabar angin yang boleh mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan," tambahnya.

Kementerian itu sentiasa memantau keadaan di Jepun menerusi Kedutaan Malaysia di Tokyo.

Bilik Operasi di Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo akan terus beroperasi 24 jam sehingga diberitahu kelak.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain