suria

MAS Tawar Diskaun Sehingga 78 Peratus Pada Pameran MATTA

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) membuat tawaran hebat bagi 60 destinasi domestik dan antarabangsa, membolehkan bakal pengembara berjimat sehingga 78 peratus bagi tiket yang dibeli pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Pameran tiga hari itu bermula hari ini.

Antara tawaran yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu ialah tambang kelas ekonomi sehala termasuk semua ke Singapura dan Bangkok pada RM229, Phnom Penh (RM309), Taipei (RM679), Madras (RM459) dan New Delhi (RM499).

Syarikat penerbangan itu juga menawarkan diskaun bagi tempat duduk kelas bisnes, kata Naib Presiden Eksekutif (Jualan dan Pemasaran) Datuk Bernard Francis dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami menjangka respons positif daripada pelanggan kami. Tahun ini, tempoh perjalanan bagi tambang antarabangsa adalah mulai 25 Mac hingga 29 Feb 2012," katanya.

Bernard berkata tempoh perjalanan yang dilanjutkan itu akan membolehkan pengembara mengambil kesempatan terhadap tawaran sekarang untuk perjalanan kemudiannya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain