Kedutaan Msia Hanya Alami Kerosakan Kecil - Semasa | mStar

Kedutaan Msia Hanya Alami Kerosakan Kecil

TOKYO: Pejabat kedutaan Malaysia di Nanpeidai-Cho di daerah Shibuya hanya mengalami kerosakan kecil apabila beberapa panel siling aluminium di bahagian pintu gerbangnya jatuh semasa gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun.

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som berkata gempa bumi pada kira-kira pukul 2.46 petang itu hanya mengakibatkan kerosakan kecil, dan beberapa barang cenderahati serta buku-buku yang dipamer di pejabat kedutaan jatuh berselerak.

Katanya, kejadian berlaku semasa beliau sedang menghadiri satu seminar di Hotel Okura, dan selepas dikejutkan dengan gegaran kuat, beliau terus bergegas kembali ke pejabat kedutaan.

"Walaupun saya pernah melalui pengalaman menghadapi beberapa gempa bumi sejak saya ditukarkan ke sini setahun empat bulan lalu, tapi kejadian hari ini memberi kesan yang amat mendalam kepada saya," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini, Jumaat.

Shaharuddin pada mulanya dijadual merasmikan satu mesyuarat kelab sukan dan rekreasi kedutaan pada pukul 4 petang, namun ia terpaksa dibatalkan apabila beliau terpaksa mempengerusikan mesyuarat kecemasan bagi merangka kemungkinan melancar gerakan menyelamat rakyat Malaysia di Jepun yang mungkin terperangkap akibat gempa bumi itu.

Beliau berkata terdapat 16 pelajar di wilayah Iwate dan 40 lagi di wilayah Miyagi, dua kawasan yang berdekatan dengan Sendai, yang merupakan kawasan pinggir pantai berhampiran dengan tempat kejadian gempa.

Shaharuddin juga berkata 50 rakyat Malaysia serta petugas kedutaan selamat, begitu juga kira-kira 20 anggota keluarga mereka dari Malaysia yang berada di sini.

Walaupun dalam keadaan kecemasan, Shaharuddin tetap memenuhi temujanji dengan Bernama, untuk memberi penerangan mengenai usaha meningkatkan hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain