Penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Taksiran 2010 Boleh Dilakukan Mulai 1 Mac - Semasa | mStar

Penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Taksiran 2010 Boleh Dilakukan Mulai 1 Mac

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada Jumaat, memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai 1 Mac.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, LHDNM turut mengingatkan kesemua pembayar cukai supaya mengemukakan borang nyata cukai pendapatan mereka sebelum tarikh akhirnya.

Tarikh akhir bagi Majikan (Borang E) adalah pada 31 Mac.

Bagi borang Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE) dan Pendapatan Selain Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M), tarikh akhirnya ialah pada 30 April.

Manakala bagi borang Pendapatan Perniagaan Individu Bermastautin (Borang B), Pendapatan Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M) dan Perkongsian (Borang P). Tarikh akhir mengemukakan borang adalah pada 30 Jun.

Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan e-Filing sebelum ini perlu memohon nombor pin e-Filing melalui e-mel pin@hasil.gov.my.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi nombor 1-300-88-3010 atau layari laman web rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain