RM4 Bilion Tidak Dituntut Waris

BACHOK: Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 83 penduduk di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kelolaan Risda di Kampung Lati, di sini Ahad, beliau berkata pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang tersebut.

"Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin akan meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat," katanya.

Mengenai PBR, Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata Umno Kelantan berharap kerajaan pusat sekurang-kurangnya dapat mengekalkan peruntukan RM18 juta sebagaimana yang diluluskan kepada Risda Kelantan sepanjang tahun lepas.

Katanya peruntukan itu penting untuk membantu hampir 1,000 penduduk miskin supaya mereka dapat memiliki rumah sendiri dan membaik pulih rumah yang hampir roboh.

Awang Adek berkata rakyat Kelantan perlu berterima kasih kepada kerajaan pusat yang tidak pernah meminggirkan mereka malah memberi layanan yang istimewa walaupun Kelantan diperintah oleh parti pembangkang.

Ini, katanya kerana sebilangan mereka yang mendapat bantuan PBR diberi peluang memiliki rumah baru sendiri bernilai RM33,000 sebuah secara percuma. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain