suria

Mayat Lelaki Tanpa Pakaian Ditemui Di Sungai Klang

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki tanpa pakaian, dipercayai warga asing, ditemui tersangkut pada batu di Sungai Klang berhampiran ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields lama sekitar tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada mulanya, orang ramai ternampak mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu terapung di sungai berkenaan berhampiran stesen perkhidmatan transit aliran ringan (Putra LRT) Pasar Seni pada 11.30 pagi.

"Setelah mendapat laporan, seramai 10 anggota polis serta 10 anggota bomba dan penyelamat melancarkan gerakan mencari di sepanjang sungai itu sebelum mayat lelaki tersebut ditemui sejam kemudian.

"Tiada pengenalan diri ditemui pada tubuh lelaki itu yang mempunyai kesan kecederaan pada dahi," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata mangsa dipercayai bukan rakyat tempatan berdasarkan warna kulitnya dan mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Artikel Lain