suria

Juruteknik Didakwa Edar Metamphetamine

KUALA TERENGGANU: Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mengedar dadah jenis metamphetamine.

Mohd Hafiz Abd Ghani, 29, didakwa mengedar metamphetamine dengan berat kasar 200 gram di hadapan rumahnya di Kampung Pengadang Baru, Jalan Gelugor, di sini pada 9.30 malam, 19 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh hanya tunduk dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin namun tiada pengakuan direkodkan.

Siti Faraziana menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia bersabit kes itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud. - BERNAMA

Artikel Lain