suria

Education Malaysia Jaga & Awasi Pelajar Kita Di Kaherah

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, lebih 7,000 daripada 11,319 pelajar Malaysia di Mesir telah mendaftarkan diri mereka di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap mana-mana pelajar yang masih belum berbuat demikian agar segera menghubungi Kedutaan Besar Malaysia atau Education Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia) di Kaherah.

“Kita juga telah berjaya menghubungi semua pelajar perubatan kita di sana dan sedaya upaya cuba untuk meminta mereka berhimpun di Rumah Malaysia di Abasiah.

Beliau meminta ibu bapa pelajar tidak terlalu bimbang kerana pegawai-pegawai kementerian yang berada di Kaherah sedang menziarahi kediaman pelajar-pelajar Malaysia setiap masa untuk memastikan keselamatan mereka. Mohamed Khaled berkata demikian kepada para pemberita ketika di temui dalam satu majlis anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini Rabu.

Usaha-usaha kini telah pun dijalankan untuk membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir sama ada melalui laut atau udara ke destinasi selamat paling hampir iaitu Jeddah di Arab Saudi.

Mohamed Khaled juga berkata, para pegawai kementerian juga telah diarahkan untuk segera memastikan bekalan makanan para pelajar Malaysia mencukupi sementara menunggu bantuan sampai.

Beliau juga berkata, tiga buah universiti telah pun memberikan pelepasan khas kepada para pelajar Malaysia sehingga situasi kembali pulih dan aman.

“Universiti Kaherah dan Universiti Ain Shams masing-masing telah mengumumkan pelepasan khas selama tiga bulan dan enam bulan kepada pelajar-pelajarnya sementara Universiti Al-Azhar telah memberikan kelepasan khas selama setahun,” kata Khaled.

Ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini di Mesir boleh menghubungi Jabatan Pengajian Tinggi di;

019-270 8222 atau email [email protected]; Dr Syed Alwee Alsagoff di 019-752 0672 atau email [email protected]; atau Jamalulail Abu Bakar di 012-931 6172 atau email [email protected] .

Artikel Lain