14 Maut Pada Hari Ke-4 Ops Sikap Sempena Tahun Baru Cina - Semasa | mStar

14 Maut Pada Hari Ke-4 Ops Sikap Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Empat belas maut pada hari keempat Ops Sikap ke-23 semalam, menjadikan jumlah korban akibat kemalangan jalan raya sejak operasi bermula Khamis lepas, meningkat kepada 51 orang.

Berdasarkan statistik laman web Polis Diraja Malaysia, daripada jumlah itu tujuh adalah penunggang motosikal, empat pengguna kereta dan seorang masing-masing pejalan kaki, pengguna van dan pemandu lori.

Sebanyak 1,250 kemalangan dilaporkan pada Ahad, dan jalan bandaran mencatatkan jumlah tertinggi dengan 515 kemalangan, diikuti jalan persekutuan (316), jalan negeri (176), lebuh raya (175) dan jalan-jalan lain sebanyak 68 kes.

Semalam juga menyaksikan polis mengeluarkan 7,917 saman di atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-23 yang berlangsung sempena sambutan Tahun Baru Cina ini akan berakhir pada 10 Februari. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain