suria

TLDM Tahan 41 Nelayan Indonesia Tangkap Ikan Di Pulau Pangkor

IPOH: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot bersama 41 nelayan dan tekong warga Indonesia kerana menangkap ikan di perairan negara ini malam Selasa.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3, Kapten (M) Ang Cheng Hwa berkata, mereka ditahan pada 8.40 malam oleh kapal KD Kinabalu yang sedang mengadakan rondaan di sekitar perairan tersebut.

Semasa ditahan, mereka sedang menangkap ikan menggunakan pukat jerut dan berada kira-kira 25 batu nautika barat laut, Pulau Jarak, berhampiran Pulau Pangkor, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ang berkata pemeriksaan mendapati nelayan terbabit yang berasal dari Tanjung Balai, Indonesia, berusia antara 20 dan 58 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Turut dirampas muatan ikan seberat 0.5 tan jenis kerisi dan tongkol yang dipercayai baru ditangkap, katanya.

Kesemua nelayan itu kemudian dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kampung Aceh, Sitiawan untuk siasatan dan tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain