suria

Remaja Maut Dalam Pergaduhan Di Tawau

TAWAU: Seorang remaja lelaki maut selepas terbabit dalam pergaduhan di kawasan tepi laut Kampung Titingan semalam, dipercayai berpunca daripada salah faham.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP) Ibrahim Chin berkata remaja berusia 19 tahun itu cedera parah di badan selepas diserang enam lelaki lain menggunakan senjata tajam seperti pisau, pedang samurai dan kayu kira-kira pukul 3 petang.

Remaja itu mati di Hospital Tawau pada pukul 4 petang, katanya.

Ibrahim berkata sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an bagi membantu siasatan kes itu dan lima lagi rakannya telah dikenalpasti.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Lain