suria

UPP Rampas 691 Karton Rokok Bernilai RM66,000

KOTA BAHARU: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)Pengkalan Kubor merampas 691 karton rokok bernilai RM66,000 dalam operasi di Kampung Kulim, Wakaf Baharu, Tumpat, dekat sini pada Selasa.

Komander UPP Kelantan Mazlan Che Hamid berkata kesemua rokok itu ditemui dalam semak di kawasan berkenaan pada pukul 5.15 petang.

"Kami percaya rokok itu ditinggalkan di dalam semak sementara menunggu kenderaan tertentu mengambilnya untuk dipasarkan," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata rokok kretek dan rokok putih yang dirampas itu adalah dari 11 jenama, antaranya D&G, Fisher Merah, Fisher Biru, Gudang Garam dan League. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain