Saman Ummi Hafilda: Biar Mahkamah Putuskan - Nazri - Semasa | mStar

Saman Ummi Hafilda: Biar Mahkamah Putuskan - Nazri

SETIU: "Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafilda Ali termasuk terhadap Karpal Singh.

Menurut Nazri, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah Pengerusi Kebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.

"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.

"Apa saja kes terhadap Karpal, bawa sajalah, biar mahkamah yang putuskan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Karpal semalam yang menggesa peguam mewakili Ummi Hafilda agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap beliau.

Dalam sidang medianya di George Town pada Ahad, Karpal berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

Bagaimanapun, menurut peguam kanan itu, kes melibatkan Ummi Hafilda telah melepasi had enam tahun kerana berlaku lebih 13 tahun lalu.

Ummi Hafilda yang merupakan adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dilaporkan mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal serta PAS.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman RM100 juta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain