suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Penagih Perlu Diberi Pekerjaan - Lee

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta kerajaan menggubal satu dasar jelas berhubung pemberian latihan dan pekerjaan kepada bekas penagih dadah serta membawa mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Naib presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerajaan perlu menggubal dasar itu seperti yang dilakukan bagi orang kelainan upaya.

Pemberian pekerjaan boleh membantu bekas penagih menjauhkan diri daripada dadah dan jenayah, kata Lee dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hakikat bahawa dadah dan jenayah mempunyai kaitan rapat memang tidak boleh sangkal.

"Oleh itu, kita perlu memastikan lebih banyak usaha berkesan dilaksanakan untuk memerangi penagihan dadah melalui rawatan dan pemulihan, pendidikan dan pencegahan.

"Pergantungan terhadap dadah juga boleh dibasmi melalui rawatan perubatan yang sesuai. Jika ancaman dadah dalam masyarakat berjaya dihapuskan, maka kadar jenayah pasti akan berkurangan," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Lain