Kelantan Tidak Menunjukkan Minat Sertai ETP - Semasa | mStar

Kelantan Tidak Menunjukkan Minat Sertai ETP

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan dilihat tidak menunjukkan minat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam usaha meningkatkan ekonomi negeri dan menambah baik pendapatan setiap lapisan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ini, kata beliau berdasarkan kurangnya usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan.

"Selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah pemandu teksi, kereta sewa dan lain-lain tidak mendapat pendapatan setimpal dengan usaha mereka," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama pemandu kereta sewa di sini, Sabtu.

Sejak pelancaran ETP pada 25 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 18 projek permulaan dan perkembangan berkaitan untuk menjayakan agenda transformasi negara ini.

Mustapa berkata tiada jalan pintas untuk sesebuah negeri meningkatkan ekonomi masing-masing selain menambah pelaburan dan menggalakkan kemasukkan lebih ramai pelabur.

Katanya dengan langkah sebegini barulah ekonomi sesebuah negeri menjadi makmur dan rakyat dapat merasai perolehan peningkatan ekonomi kesan kerancakan pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk peluang pekerjaan baru.

"Untuk itu pembangunan negeri hendaklah digerakkan dengan lebih pantas lagi. Negeri Kelantan hendaklah dimajukan tetapi pada masa ini nampaknya tidaklah sebanyak mana walau pun ada kemajuan tetapi tidak seperti negeri-negeri lain," katanya.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain