suria

Pelatih Wanita PLKN Disahkan H1N1

TAPAH: Seorang pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berusia 18 tahun di Kem Sentosa dekat Chenderiang, disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada Ahad lalu, kata Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Katanya 47 lagi pelatih yang mempunyai simptom penyakit seakan influenza kini menjalani rawatan susulan dan pemantauan sepanjang masa oleh pasukan perubatan di kem tersebut.

"Kes itu dikesan pada Ahad lalu selepas 85 pelatih mengalami tanda-tanda influenza seperti selesema dan semua pelatih berkenaan menjalani ujian saringan influenza di kem berkenaan pada hari sama," katanya kepada pemberita ketika melawat kem berkenaan, Khamis.

Bagaimanapun, katanya, semua keluarga pelatih tidak perlu panik dengan situasi itu kerana kem itu mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap bagi mengawal keadaan. - BERNAMA

Artikel Lain