Kenaikan Harga Gula, Petrol Serta Anwar Antara Modal Pembangkang Di Tenang - Semasa | mStar

Kenaikan Harga Gula, Petrol Serta Anwar Antara Modal Pembangkang Di Tenang

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan seperti gula, petrol, hal-hal berkaitan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara isu yang dijangka menjadi modal pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Tenang di Johor.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, sehubungan itu Barisan Nasional (BN) perlu menggandakan usaha termasuk memperkemaskan jentera parti dan memberi penjelasan yang terbaik kepada pengundi bagi mematahkan serangan daripada pembangkang.

Beliau berkata isu-isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bagi meraih sokongan kerana ia adalah perkara yang amat dekat di hati pengundi.

"Saya melihat di sini, terdapat dua isu yang mungkin akan dibangkitkan. Pertama ialah isu nasional iaitu mengenai kenaikan harga barangan, rasuah dan kes (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) Anwar dan kedua ialah isu tempatan seperti tanah, perniagaan dan juga Felda.

"BN mampu mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan syarat gerak kerja terhadap kempen penerangan yang dilakukan jentera parti itu dapat diperkemas dan dimantapkan dari semasa ke semasa," katanya dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata dari bacaan awal politik, BN tidak mempunyai masalah besar untuk menang di kawasan itu memandangkan sentimen sukakan BN masih menebal di kalangan pengundi. Bagaimanapun, beliau berkata, melihat dari segi jumlah majoriti undi yang diperoleh BN pada pilihan raya umum 2004 dan 2008, menyaksikan penurunan majoriti undi sebanyak kira-kira 16 peratus.

"Tahun 2004, BN memperoleh majoriti undi sebanyak 5,517 manakala tahun 2008 mendapat 2,492 undi. Ini adalah satu perkara yang harus dipandang serius oleh BN," katanya.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi DUN Tenang pada 22 Jan ini dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

Daripada jumlah itu, 7,014 orang atau 47.54 peratus terdiri daripada Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL