India Tawar Dua Biasiswa Bagi Kursus Lepasan Ijazah - Semasa | mStar

India Tawar Dua Biasiswa Bagi Kursus Lepasan Ijazah

KUALA LUMPUR: Kerajaan India menawarkan dua biasiswa kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus lepasan ijazah bagi tahun akademik 2011-2012.

Dalam kenyataan Khamis, Suruhanjaya Tinggi India di sini berkata biasiswa itu ditawarkan di bawah Skim Biasiswa Persatuan Lingkungan Lautan Hindi bagi Kerjasama Serantau (IOR-ACR) dan program berkenaan akan dikendalikan Majlis Hubungan Kebudayaan India (ICCR).

Bagaimanapun, kata kenyataan tersebut, biasiswa itu tidak meliputi kursus dalam bidang perubatan dan pergigian, manakala borang permohonan boleh didapati daripada suruhanjaya tinggi itu atau dimuat turun daripada laman web www.indianhighcommission.com.my.

Katanya pemohon mestilah lulus Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris yang dikendalikan suruhanjaya itu dan keutamaan diberi kepada mereka yang tidak pernah menuntut di India.

Pemohon juga perlu memenuhi kriteria pemilihan termasuk daripada segi kelayakan akademik dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius.

Maklumat lanjut tentang skim ini boleh didapati daripada Bahagian Pendidikan suruhanjaya tinggi berkenaan yang boleh dihubungi melalui talian 03-20922339 (telefaks), 03-20933510 samb 410 atau e-mel edu@indianhighcimmission.com.my. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain