suria

India Tawar Dua Biasiswa Bagi Kursus Lepasan Ijazah

KUALA LUMPUR: Kerajaan India menawarkan dua biasiswa kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus lepasan ijazah bagi tahun akademik 2011-2012.

Dalam kenyataan Khamis, Suruhanjaya Tinggi India di sini berkata biasiswa itu ditawarkan di bawah Skim Biasiswa Persatuan Lingkungan Lautan Hindi bagi Kerjasama Serantau (IOR-ACR) dan program berkenaan akan dikendalikan Majlis Hubungan Kebudayaan India (ICCR).

Bagaimanapun, kata kenyataan tersebut, biasiswa itu tidak meliputi kursus dalam bidang perubatan dan pergigian, manakala borang permohonan boleh didapati daripada suruhanjaya tinggi itu atau dimuat turun daripada laman web www.indianhighcommission.com.my.

Katanya pemohon mestilah lulus Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris yang dikendalikan suruhanjaya itu dan keutamaan diberi kepada mereka yang tidak pernah menuntut di India.

Pemohon juga perlu memenuhi kriteria pemilihan termasuk daripada segi kelayakan akademik dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius.

Maklumat lanjut tentang skim ini boleh didapati daripada Bahagian Pendidikan suruhanjaya tinggi berkenaan yang boleh dihubungi melalui talian 03-20922339 (telefaks), 03-20933510 samb 410 atau e-mel [email protected]. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Lain