suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

KOTA BAHARU: Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan dibenarkan pulang tengah hari ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Roslee Mamat berkata dua pusat pemindahan di daerah Rantau Panjang ditutup pada 1 tengah hari.

"Cuaca di Kelantan hari ini cerah tanpa hujan menyebabkan air di beberapa kawasan perkampungan mulai surut dan mangsa dibenarkan pulang tengah hari ini.

"Kesemua 406 mangsa dari 124 keluarga yang berada di pusat pemindahan pada sebelah pagi tadi dibenarkan pulang secara berperingkat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sehingga petang ini, kesemua laluan di daerah Rantau Panjang dan Tumpat dibuka semua kepada semua kenderaan. - BERNAMA

Artikel Lain