suria

Bancian Mangsa Banjir Yang Tercicir Bantuan Esok

KANGAR: Gerakan bancian mangsa banjir kawasan dewan undangan negeri Tambun Tulang yang tercicir daripada bantuan kerajaan pusat baru-baru ini akan dilakukan esok.

ADUN kawasan itu, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kesemua pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) akan melakukan pendaftaran itu.

Katanya, kira-kira 600 mangsa banjir dari kawasan itu tercicir daripada menerima bantuan itu berjumlah kira-kira RM7.7 juta baru-baru ini.

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata, seboleh-bolehnya mereka akan diberi bantuan sebelum 31 Dis ini.

Shahidan berkata, atas kapasitinya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), pihaknya akan menganjurkan malam penghargaan media di sini Jumaat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain