suria

Tiga Lelaki Terbabit Dalam Kes Samun Bersenjata Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga Indonesia yang melakukan kes samun bersenjata di sebuah rumah di Bayan Baru di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata ketika kejadian kira-kira 1.30 petang, mangsa Mohd Fadzil Mohd Rani, 34, tinggal bersendirian di rumahnya.

"Mangsa mendakwa dia telah diikat pada tangan dan kakinya, matanya pula ditutup dengan kain tudung sementara mulutnya diplaster oleh ketiga-tiga suspek," katanya hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kerugian kira-kira RM10,000 turut diacu dengan pisau dan pistol.

"Mangsa yang berjaya melepaskan diri tiga jam selepas kejadian, kemudiannya meminta bantuan jiran untuk menelefon polis," kata Lai.

Polis menemui kesan cap jari di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain