suria

BSN Cawangan Ampangan Terbakar, Tiga Pekerja Binaan Selamat

SEREMBAN: Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Ampangan yang sedang diubah suai, terbakar pagi Rabu mengakibatkan peralatan dan ruang pejabat di tingkat bawah dan tingkat satu bangunan tiga tingkat itu, musnah.

Dalam kejadian pada 6 pagi itu, tiga pekerja binaan yang terperangkap di tingkat satu diselamatkan oleh anggota bomba.

"Ketiga-tiga mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan," kata jurucakap bomba.

Seramai 20 anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit.

Seorang pegawai bank itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata bank berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain