suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ali Rustam Syor Subjek Pemuliharaan Alam Dalam Modul PLKN

ALOR GAJAH: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak pernah kering dengan idea dan cadangan menarik.

Kali ini, beliau telah mencadangkan agar subjek pemuliharaan alam sekitar diterapkan dalam modul latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi mendidik generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

"Buat permulaan kita boleh buat kempen seperti kitar semula di kem-kem PLKN seluruh negara dan kita ajar mereka (pelatih PLKN) tentang teknologi hijau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Kursus Pembinaan Karakter Jurulatih PLKN di Kem Permata Resort, Air Paabas di sini, Khamis.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedia bekerjasama dalam melaksanakan cadangan itu kerana penerapan semangat cintakan alam sekitar kepada generasi muda amat penting dalam memastikan kesinambungan usaha pemuliharan alam sekitar.

Sementara itu Ketua Pengarah PLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedang mengkaji semula Modul Khidmat Komuniti dan Modul Kenegaraan program latihan itu.

"Kajian ini ambil masa enam bulan untuk disiapkan dan (kajian) bermula selepas pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) Oktober lepas," katanya.

Selain dua modul itu, PLKN mempunyai dua modul latihan lain iaitu Modul Fizikal dan Modul Pembinaan Karakter.

Pada 30 Oktober lepas, Ahmad Zahid telah mencadangkan agar modul latihan PLKN akan dikaji semula bagi menerapkan nilai ekonomi untuk disesuaikan dengan pasaran tenaga kerja seterusnya dapat memudahkan pelatih PLKN mencari pekerjaan dalam sektor awam atau swasta.

Abdul Hadi berkata kira-kira 40,000 pelatih akan melapor diri ke 79 kem PLK Ndi seluruh negara pada sesi Januari ini.

Artikel Lain