suria

Dewan Rakyat Beri Penghormatan Kepada Mendiang Fan Yew Teng

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat Rabu memberi penghormatan kepada mendiang Fan Yew Teng yang meninggal dunia pada hari Selasa dengan bertafakur selama seminit. Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Menglembu, Perak.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee mewakili semua ahli parlimen dalam menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Fan, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan setiausaha agung DAP, meninggal dunia di Hospital Bumrungrad Bangkok selepas sekian lama bertarung dengan penyakit kanser.

Jenazahnya akan dikebumikan di Bangkok pada lewat Rabu.

Fan telah bermastautin di Bangkok selepas meninggalkan dunia politik untuk berada bersama isteri dan dua orang anak perempuannya. Isterinya berkhidmat di pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Bangkok.

Artikel Lain