Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Persekutuan - Semasa | mStar

Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Persekutuan

PETALING JAYA: Tiga maut manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal selepas sebuah kereta Perodua Kancil dirempuh sebuah kenderaan lain di Km 27.3 Lebuhraya Persekutuan berhampiran bangunan Motorola di sini awal pagi Selasa.

Dua penumpang Perodua Kancil itu tercampak keluar dari kenderaan selepas dirempuh oleh sebuah Proton Waja, dan salah seorang darinya maut akibat digilis beberapa kenderaan dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, dua yang maut di tempat kejadian ialah seorang pemuda Fong Mun Fai, 18, dan seorang remaja perempuan Liew Yuh Fen, 17.

Katanya, seorang lagi pemuda Chong Jin Kong, 17, yang putus kaki kiri selepas tersepit dalam kejadian itu pula meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira pukul 8 pagi ini.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, kedua-dua kenderaan yang terlibat itu menuju arah Shah Alam-Klang dari Kuala Lumpur semasa kejadian, dan kejadian berlaku apabila kereta Kancil itu dipercayai membelok secara tiba-tiba ke kanan jalan untuk membuat pusingan U, menyebabkan ia dirempuh dari belakang.

Che Husin berkata pemandu Proton Waja itu, Sukvinderjit Singh a/l Juwinder Singh, 27, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini dirawat di PPUM.

Sementara itu seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara kepada Fong Mun Fai ketika ditemui di PPUM berkata anak saudaranya itu baru sahaja selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan keluar bersama rakan-rakannya pada petang semalam.

"Kira-kira pukul 2 pagi, Fong ada hubungi ibunya dan memberitahu bahawa dia akan pulang lewat, tapi ibunya menasihatkan dia supaya jangan balik lewat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Myanmar Mati Disembelih

Artikel Berikut

TV Al-Hijrah Mampu Didik Masyarakat - Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain