Anggota Kompenan BN Sahut Amanat Najib Untuk Bersedia Hadapi Pilihan Raya Umum - Semasa | mStar

Anggota Kompenan BN Sahut Amanat Najib Untuk Bersedia Hadapi Pilihan Raya Umum

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaan untuk melakukan perubahan politik dan mengukuhkan kesepakatan antara parti-parti komponen sebagai resipi kejayaan memenangi hati rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mereka juga menyifatkan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN pada konvensyen BN hari ini suatu suntikan semangat kepada pemimpin dan anggota BN untuk bersedia bertindak mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap BN.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi mencipta kejayaan itu, anggota BN perlu mengikis empat penyakit yang dinyatakan oleh Najib sebagai ingatan dan petua untuk mencapai kemajuan pada masa akan datang.

"Saya berasa bangga beliau (Najib) mengingatkan supaya penyakit di dalam B Nterutama angkuh, delusion (khayal) dan inertia (yang tidak mahu bergerak) dan lupa diri, semua ini perlu ambil iktibar dalam BN," katanya ketika ditemui selepas perasmian Konvensyen BN di Wisma MCA, d sini, hari ini.

Rais yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata konvensyen BN kali ini merupakan pembuka lembaran baru berikutan ia membawa gambaran, kemampuan dan azam baru terhadap pelaksanaan konsep gagasan 1Malaysia yang didukung oleh Najib.

Sehubungan itu, katanya kementeriannya akan menterjemahkan gagasan 1Malaysia menerusi setiap program yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat sejajar dengan tema konvensyen BN kali ini iaitu "Mengukuh Barisan Mendahulu Rakyat".

Rais berkata rakyat seharusnya bijak menilai parti yang lebih menjaga kepentingan mereka seperti yang dibuktikan oleh BN berbanding pembangkang yang hanya mengamalkan pembohongan dan sikap berpura-pura.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata jika empat penyakit itu seperti yang digariskan oleh Najib dapat dihapuskan, BN mampu bertapak lebih kukuh dan memiliki masa depan yang cerah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

"Ini adalah satu transformasi politik yang perlu dilakukan... BN perlu perubahan besar dari segi politik bermula sekarang untuk kemenangan lebih baik pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata konvensyen sebegini berkesan untuk melakukan perubahan dan transformasi untuk menjadikan BN yang merupakan satu keluarga besar, lebih kuat dan kukuh.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib telah menyemai keyakinan yang tinggi dan harapan terhadap hala tuju BN.

"Kami telah melakukan dengan baik... terdapat banyak isu dalan tahun-tahun sebelum ini, namun beliau menyampaikan amanatnya dengan baik... meminta kami supaya bersatu padu. Hanya kami yang dapat melakukannya, tiada parti lain yang dapat melakukan seperti kami.

"Kami bersikap bertahan sebelum ini dan kini kami bersedia untuk melakukan serangan pula," katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata ucapan itu merupakan yang terbaik oleh Najib untuk memberi motivasi kepada pemimpin BN.

"Saya berpendapat beliau meletakkan kami dalam suasana untuk mara ke hadapan, terutamanya bagi kami dari Sarawak. Kami akan berdepan pilihan raya (negeri), jadi ingatan itu kena pada masanya," kata Chin, yang juga Setiausaha Pengelola Parti Rakyat Bersatu Sarawak.

Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata mesej Perdana Menteri adalah jelas bahawa semua parti komponen BN perlu bersatu padu.

Naib Presiden MIC dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata BN perlu bergerak dalam satu pasukan yang bersatu untuk memenuhi kehendak rakyat dan mewujudkan semangat baru di kalangan anggotanya.

"Semua anggota BN perlu memainkan peranan dengan melakukan pembaharuan minda dan pendekatan serta menunaikan harapan rakyat terhadap BN dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada masa depan," katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata anggota parti komponen BN perlu mempunyai kesepakatan dan kesungguhan untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pemikiran masyarakat hari ini berbeza berbanding dahulu, maka BN perlu melakukan perubahan dalam mengikis sikap keangkuhan dan mengutamakan rakyat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bas Ekspres Rempuh Rumah Di Pasir Mas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain