suria

Menara 100 Tingkat Didakwa Projek Membazir

PETALING JAYA: Pembinaan menara 100 tingkat di bawah projek pembangunan Warisan Merdeka terus dikecam dalam perbahasan Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-7 di sini Ahad kerana didakwa sebagai projek membazir.

Perwakilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin mendakwa projek yang berharga RM5 bilion itu dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat.

Semasa membahaskan usul ekonomi, beliau mendakwa wang sebanyak RM5 bilion itu sebaliknya boleh digunakan untuk membina 160,000 rumah mampu milik dan membantu sekurang-kurangnya hampir sejuta rakyat Malaysia.

Perwakilan Sabah, Gan Chee Chan pula mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang sewenang-wenangnya memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang bukan penduduk asal negeri itu.

Beliau mendakwa pihak-pihak yang berkenaan sewenang-wenangnya memberi kewarganegaraan untuk kepentingan politik sendiri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain