suria

Keadaan Trafik Di Lebuhraya PLUS Terkawal Malam Ini

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sehingga pukul 7 malam ini terkawal walaupun jutaan warga kota mula kembali ke ibu kota selepas cuti sempena perayaan Aidiladha hari ini.

Jurucakap Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) hari ini berkata tiada sebarang kesesakkan dilaporkan berlaku dan pengguna dinasihatkan terus memandu secara berhemah menuju ke destinasi masing-masing.

Beliau berkata hanya terdapat kemalangan kecil sahaja yang berlaku di beberapa kawasan dan perkara ini dilihat tidak membimbangkan dan pengguna diminta meneruskan perjalanan dan tidak memperlahankan kenderaan.

Katanya pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik semasa bagi membantu mereka sebelum memulakan perjalanan boleh menghubungi Plusline di talian 1800-88-0000 yang beroperasi 24 jam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Kembali Adakan Sidang Media

Artikel Berikut

Artikel Lain