suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Kerdau Keluar Hospital

TEMERLOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan kali kedua ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh akibat tekanan darah tidak stabil, telah dibenarkan pulang pada Selasa.

Pengarah HOSHAS Datuk Dr Bahari Datuk Awang Ngah berkata Zaharuddin, 63, telah sihat sepenuhnya dan dibenarkan pulang 10 pagi.

Zaharuddin ketika ditemui Bernama berkata, beliau telah sihat dan akan menjalankan tugasnya sebagai anggota DUN Kerdau seperti biasa.

"Setelah menerima rawatan, keadaan darah sudah stabil, cuma doktor menasihatkan saya supaya banyak berehat," katanya.

Zaharuddin pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain