suria

'Motosikal Hijau' Bakal Tampil Tahun Depan

PETALING JAYA: Selepas penantian bertahun-tahun, rakyat negara ini akan berpeluang menunggang motosikal elektrik atau 'motosikal hijau" apabila ia pertama kali diperkenalkan kepada umum pada tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan berkata Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedang dipinda bagi mengecualikan motosikal sedemikian daripada mempunyai nombor enjin sebelum boleh didaftarkan.

Antara ciri-ciri 'motosikal hijau':

* enjin menggunakan kuasa bateri litium itu menawarkan prestasi sama seperti enjin motosikal berkuasa petrol 125 cc.

* Ia akan dijual pada harga sedikit melebihi RM10,000.

* Modenas mengumumkan ia bersedia melancarkan motosikal elektrik dalam masa beberapa bulan lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain