suria

Hari Pertama 'YB' Galas Turun Padang Bersama Rakyat

GUA MUSANG: Baru sehari bergelar 'Yang Berhormat', Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Abdul Aziz Yusoff, sudahpun memulakan program turun padang untuk bertemu rakyat sempena sambutan Deepavali.

Di sebalik jadual yang ketat, Abdul Aziz tetap meluangkan masa mengunjungi rumah kaum India di Taman Damar di sini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali'.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka dan bertanya mengenai masalah mereka," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Abdul Aziz memulakan tugasannya hari ini pada awal pagi bersarapan bersama Tengku Razaleigh Hamzah sebelum Anggota Parlimen Gua Musang itu kembali ke Kuala Lumpur.

Selepas itu beliau juga bermesra dengan media massa dan jentera Barisan Nasional (BN) dari luar Gua Musang di Bukit Chekati bagi mengucapkan terima kasih di atas bantuan mereka memastikan kemenangan kerusi DUN Galas.

Abdul Aziz berkata petang ini beliau turut mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya di Taman Kesedar Jaya bagi meraikan kemenangannya dalam pilihan raya kecil itu sebelum bermesra dengan pengundi Cina di Kampung Baru malam ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain