suria

N45 Galas: SPR Puas Hati Peratusan Keluar Mengundi

GUA MUSANG: Setelah proses pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada pukul 5 petang Khamis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jumlah keluar mengundi ialah sebanyak 8,980 orang atau 77.73 peratus.

Bagaimanapun jumlah berkenaan tidak termasuk peti undi kawasan Orang Asli iaitu Pos Belatim, Balar dan Bihai.

Sebelum ini SPR mensasarkan peratus keluar mengundi akan melebihi 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya berpuas hati dengan peratusan berkenaan dan yakin sasaran berjaya melepasi sasaran peratusan awal.

"Kita berpuas hati malah yakin akan mencapai sasaran awal iaitu melebihi 80 peratus. Kebiasaannya peratusan keluar mengundi bagi peti undi Orang Asli adalah tinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Selain itu katanya faktor cuaca yang baik juga membolehkan pengundi di DUN Galas keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

"Selain itu bantuan daripada parti-parti politik yang giat mengangkut pengundi-pengundi ke pusat mengundi juga menjadi faktor kepada peratusan keluar mengundi yang tinggi," katanya.

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain