Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim KP Jabatan Bomba Dan Penyelamat Yang Baru - Semasa | mStar

Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim KP Jabatan Bomba Dan Penyelamat Yang Baru

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang baru, menggantikan Datuk Hamzah Abu Bakar yang bersara pada 23 Oktober lepas.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu berkuatkuasa Isnin.

Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim yang berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sains di dalam bidang Perancangan Kecemasan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Komandan Akademi Bomba di Kuala Kubu Baharu pada tahun 1991, Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penguatkuasa (1994-1995), Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan (1995-1997), Pengarah Negeri Selangor (1997-1999), Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (2000-2008) dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan (2008-2010). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain